
SEJUK, udara berkabus dan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan, Kundasang adalah destinasi percutian sempurna, terutamanya pada hujung minggu.
Pekan kecil ini hanya dua jam pemanduan dari Kota Kinabalu dan cuaca sejuk menjadikannya tempat yang ideal untuk bersantai dari hiruk-pikuk Bandar Raya.
Dikelilingi bukit menghijau, ladang sayuran serta bunga, anda akan mendapati diri anda semakin dekat dengan alam semula jadi di pekan pergunungan.
Dari jejak pengembaraan kepada menambah satu lagi tumbuhan berair dalam koleksi anda, berikut ialah beberapa tempat menarik wajib dikunjungi di Kundasang.
Ladang Tenusu Desa
Berlatarbelakangkan landskap pergunungan yang indah, Ladang Tenusu Desa (Desa Dairy Farm) menghadap bukit-bukau Kundasang.
Ladang Tenusu Desa adalah destinasi ideal untuk seisi keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain merakam foto dan video untuk dikongsi bersama rakan media sosial anda. PERJALANAN menyegarkan di taman Ladang Tenusu Desa.
Pengunjung boleh memberi makan kepada anak lembu dan kambing - mencari kawan baharu berkaki empat – dan mempelajari cara lembu diperah susunya dan melihat bagaimana susu diproses dan dibungkus. MENIKMATI kelazatan ais krim di Desa Gelato.
Dengan iklim sederhana sejuk di ladang, baka lembu tulen Holstein Friesian berasal dari Australia dan New Zealand yang terletak di padang rumput sederhana sepanjang tahun. PELAWAT boleh memberi makan anak lembuh di Ladang Tenusu Desa.
Pengunjung juga boleh membeli susu segar dan pelbagai cenderahati di ladang. Ia mungkin sejuk tetapi lawatan ke ladang tidak lengkap tanpa menikmati kelazatan ais krim mereka.
Jejak Aki-Aki
Tarik nafas dalam-dalam - ia mungkin udara paling segar yang pernah anda sedut, dan Aki-Aki Trail adalah tentang itu dan banyak lagi.
Denai sepanjang 3.3 kilometer menawarkan pemandangan kehijauan yang menyegarkan dan pemandangan matahari terbit serta matahari terbenam yang memukau di puncak bukit setinggi 1,780 meter. JEJAK Aki-menawarkan pengembaraan yang mencabar tapi sangat menarik.
Denai itu dibina oleh bekas malim gunung dan dikatakan ia merupakan tapak latihan paling sesuai untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Pemandunya ramah, sangat membantu dan berminat untuk berkongsi cerita, terutamanya tentang jejak itu selain pengetahuan tradisional.
Restoran Bas BW
Apakah yang anda perolehi apabila anda menggabungkan bas yang telah ditamatkan perkhidmatan dengan makanan enak serta lokasi yang strategik? Restoran Bas BW yang sangat menarik untuk Insta. RESTORAN Bas BW menghidangkan makanan Barat dan Asia dan kepak ayam bakar sangat disarankan.
Mula beroperasi pada 2018, restoran ini merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi di Kundasang. BAS biru dan kopi – padanan sempurna.
Ia menawarkan menu masakan Barat dan Asia dengan kepak ayam goreng berada dalam senarai cadangan teratas.
Restoran itu menjanjikan pelbagai pilihan tempat dan sudut untuk merakam gambar.
Pasar Sayuran dan Buah-buahan
Segar dari pergunungan, pasar itu membawa bekalan daripada petani di sebelah gunung yang menawarkan kepada pengunjung pelbagai jenis sayuran dan buah pada harga yang sangat berpatutan. Setiap hari adalah Hari Kekasih di Kundasang.
Gerai-gerai penuh dengan semua jenis hasil segar, dari kubis dan tomato hinggalah strawberi. PELBAGAI sayuran segar ditawarkan di pasar.
Warna akan muncul dari setiap sudut semasa anda bersiar-siar di pasar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipetik segar di satu sisi, dan bunga berwarna-warni di sebelah yang lain dengan harumannya memenuhi udara.
* Artikel ini dibawakan kepada anda dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
