Remaja terselamat, jatuh dari ketinggian 20 meter lebuh raya

30 Mar 2022 • 11:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Seorang penunggang motosikal terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter laluan lebuh raya berhampiran Simpang Pulai di sini pada Isnin.

Nahas berlaku di Kilometer 272.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara itu membabitkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal secara bersendirian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kemalangan membabitkan penunggang motosikal terbabas di tepi pembahagi jalan sebelum tercampak dan jatuh pada ketinggian 20 meter.

Katanya, bagaimanapun mangsa terselamat dan hanya mengalami patah kaki dan tangan kanan.

image is not available

"Anggota segera turun ke bawah dan mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan memasang 'lower arm' pada bahagian kaki kanan.

"Mangsa dibawa naik ke tebing menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 12.26 tengah malam," katanya.