Menteri Tidak Bangga Syarikat Telekomunikasi Untung RM1 Bilion, Tetapi Perkhidmatan Tidak Memuaskan

TechnologyDigital
29 Mar 2022 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TS Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, TS Annuar Musa kini berkata yang mana beliau tidak berbangga apabila ada syarikat penyedia perkhidmatan telekommunikasi mencatat keuntungan RM1 bilion, tetapi masih menawarkan perkhidmatan tidak memuaskan.

Beliau menekankan syarikat telekomunikasi perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian keuntungan diperoleh untuk teknologi – sekaligus meningkatkan mutu capaian internet.

TS Annuar Musa turut memberikan contoh, liputan 4G di Sabah mencapai tahap 86%, tetapi kualiti internet di sesetengah kawasan tidak mencapai kelajuan yang dikehendaki.

image is not available

Rangkaian 4G sendiri ada yang mencapai kelajuan 10Mbps, ada yang sekitar 20Mbps, dan sebagainya – tetapi kualiti minimum purata 4G LTE adalah mesti 35Mbps.

Menteri turut meminta supaya syarikat telekomunikasi menaik-taraf perkakasan telekomunikasi di menara, sekaligus meningkatkan lagi keupayaan menara tersebut sendiri, termasuk dari segi komponen bekalan kuasa elektrik sandaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved