Berang Telefon Bimbit Dirampas, Guru Sekolah Pondok Maut Dipukul Pelajar 15 Tahun

1 Mar 2022 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dilaporkan satu kejadian di Samarinda, Kalimantan Timur dimana seorang guru sekolah pondok maut dipukul dua orang pelajar kerana merampas telefon bimbit mereka.

Difahamkan, dua orang pelajar yang terlibat berumur 15 tahun, manakala mangsa iaitu guru terbabit berumur 43 tahun.

Guru tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring dipenuhi dengan darah di masjid berdekatan dengan sekolah pondok tersebut.

image is not available

Memetik dari laporan Utusan, penduduk setempat segera membawa mangsa ke hospital berdekat, namun apakan daya setelah sampai doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.

Tidak lama kemudian, dua orang pelajar itu telah ditahan oleh pihak polis dan mengakui melakukan hal tersebut dengan memukul mangsa menggunakan kayu akibat berang telefon bimbit dirampas.

Bagaimanapun, kedua-dua pelajar itu turut mengatakan tidak ada niat untuk membunuh dan tidak menyangka akan jadi seperti itu.

Sekadar info, suspek tersebut akan didakwa di mahkamah juvana atas dakwaan membunuh.

image is not available 22 jam lalu

"Pad Wanita Dah Basuh Pastu Sidai.."- Netizen Kongsi Ragam 'Roommate' Pengotor, Kebanyakkan Perempuan?