“Sedapnya Suara, Bakal Artis ‘One Day'” – Nyanyi Lagu CINTA, Netizen Minta Anak Akim & Stacy Buat ‘Full Cover’

Music
7 Mar 2022 • 9:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik yang dinyanyikan oleh Marsha berjaya mendapat tempat kedua dan persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-36 pada Ahad malam.

Bagi yang belum tahu, Hang Nadim sebenarnya adalah Akim Ahmad dan Bunga Cantik pula adalah isterinya, Stacy.

image is not available 2 hari lalu

(TAHNIAH) SOG X Shila Amzah Pemenang Juara Lagu AJL36, Bawa Pulang RM100,000

Kemenangan itu bukan sahaja menggembirakan peminat mereka tetapi juga sudah tentu ahli keluarga.

Menerusi video dikongsi di Instagram, anak kedua pasangan itu, Eshaal dilihat teruja menyambut kepulangan ibu bapanya dari acara tersebut.

Sambil memegang trofi kemenangan, Eshaal sempat ‘belanja’ sedikit nyanyiannya di depan pagar ketika Akim dan Stacy pulang ke rumah.

Ramai pengikut di Instagram memuji suara Eshaal yang dikatakan sedap dan mempunyai bakat terpendam sebagai seorang penyanyi.

Rata-ratanya berkata dia bakal menjadi penyanyi di masa depan mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya.

Seorang individu berkata,

Berbakat besar ni, nanti macam daddy & mommy dia.”

image is not available