
Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan bagi tahun 2022 telah bermula sejak Isnin (21 Mac) yang lalu bagi semua pelajar termasuklah juga pelajar tadika.
Apa yang menyeronokkan ialah melihat gelagat anak kecil khususnya yang baru pertama kali bersekolah di mana ada yang dilihat teruja dan ada juga segelintir yang menangis kerana tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapa di sekolah.
Tetapi sedikit berbeza dengan seorang pelajar perempuan ini apabila dia menangis kerana tidak mahu pulang ke rumah.
Menangis tak nak balik rumah
Video tersebut telah dikongsikan di TikTok oleh @kiwaktollah yang menunjukkan pelajar perempuan iaitu Aurora telah menangis dan merajuk apabila diajak pulang oleh bapanya.
Menerusi video, kelihatan Aurora cuba untuk keluar dari kereta, namun disuruh masuk semula kedalam kenderaan tersebut.
Merajuk kerana tak puas bermain di taman
Apa yang lebih melucukan apabila melihat aksinya yang masuk kedalam kereta kemudian berpeluk tubuh dan merajuk kerana tidak puas bermain di taman permainan bersama dengan kawan-kawannya.
“Biasanya orang pergi sekolah je menangis. Ini balik sekolah menangis kerana tak nak balik.
“Ini lah budaknya, dia tak nak jumpa mommy, tak nak jumpa adik dia. Dia tak rindu ke?,” kata bapanya itu.
Mendengar kata-kata bapanya itu, jelas menampakkan bapanya itu pelik dengan telatah anaknya itu, kerana kebiasaanya pelajar pasti menangis kerana mahu mengikut ibu bapa mereka pulang.
‘Adik sedara saya pon macam tu, dia nak duduk sekolah’
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan keletah comel Aurora yang tidak mahu pulang ke rumah dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka yang mempunyai kisah yang sama.

‘Mesti ada taman permainan best dekat sekolah’

‘Lain macam adik ni’



