Teruskan Pelaksanaan Gaji Minimum Tanpa Tunduk Pada Bantahan Konglomerat - Anwar

LocalPolitics
2 Mar 2022 • 4:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meneruskan pelaksanaan dasar gaji minimum tanpa tunduk kepada bantahan syarikat konglomerat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, ada syarikat besar yang membantah pelaksanaan dasar gaji minimum sedangkan mereka merekodkan keuntungan yang tinggi hasil daripada peningkatan produktiviti.

"Ada syarikat yang catat untung berpuluh bilion ringgit tetapi apabila cakap soal gaji minimum, bukan sahaja di pihak kerajaan, malah pihak swasta pun tidak bersetuju.

"Ada syarikat perladangan, pembalakan dan kelapa sawit yang untung begitu tinggi tetapi pulangan kepada golongan pekerja rendah dan sangat kecil," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar peningkatan upah di Malaysia masih berada di tahap yang lebih rendah daripada peningkatan produktiviti berbanding negara maju lain.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan bertindak secara menyeluruh dan memberi ruang kepada proses rundingan yang melibatkan syarikat dan kesatuan pekerja dalam isu pelaksanaan dasar gaji minimum. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved