Lima keluarga terjejas banjir kilat di Renggam dipindahkan ke PPS

17 Mar 2022 • 10:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Seramai 18 individu daripada lima buah keluarga di Renggam dekat Kluang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jubli Renggam selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat petang tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan penduduk di Jalan Senda dan Jalan Damai itu pada jam 5 petang tadi.

Beliau berkata, seramai enam anggota bomba dibantu enam anggota polis menjalankan operasi memindahkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, berusia antara 20 hingga 30 tahun ke PPS berkenaan.

"Terdapat kawasan paras air naik kira-kira satu meter dan setakat pukul 6 petang tadi air dilihat semakin surut. Saya turut dimaklumkan bahawa kawasan itu merupakan kawasan banjir kilat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau, bagaimanapun, berkata pemantauan di lokasi kejadian masih dijalankan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved