Kes Positif COVID-19 Mangsa Banjir Terengganu Meningkat

1 Mar 2022 • 4:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Salah seorang mangsa banjir di Terengganu yang disahkan positif COVID-19, dibawa ke hospital.

KUALA TERENGGANU - Kes positif COVID-19 melibatkan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 49, berbanding 25 yang dikesan semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya turut mengesan 78 kontak rapat dalam kalangan mangsa berkenaan.

“Kesemua mereka telah ditempatkan di 16 pusat pemindahan khas sementara (PPKS) yang dibuka oleh JKNKT,” katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, kesemua mangsa yang positif setakat ini disahkan berada dalam kategori satu.

“Pesakit COVID-19 ini dikesan semasa proses perpindahan dari kediaman masing-masing, jadi mereka telah diasingkan seawalnya dan tidak bercampur dengan mangsa lain,” katanya.

image is not available
Petugas kesihatan membawa salah seorang mangsa banjir yang positif COVID-19 di Terengganu ke hospital.

Menurut Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,  jumlah mangsa di Terengganu mencatatkan penurunan setakat jam 2 petang tadi, dari 16,070 berbanding 17,750 sebelumnya.

Kemaman dan Dungun mencatatkan bilangan mangsa tertinggi, masing-masing 8,535 dan 3,106 mangsa. – Getaran, 1 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved