Xiaomi Watch S1 Dan Watch S1 Active Turut Diumumkan – Harga Jualan Bermula RM649

TechnologyDigital
15 Mar 2022 • 9:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rangkaian peranti boleh-pakai Xiaomi turut dikemaskini hari ini dengan dua penawaran produk baharu. Melaluinya, Xiaomi Watch S1 dan Xiaomi Watch S1 Active telah diumumkan dengan tubuh yang baik dan kemasan tampak mewah. Kedua-duanya juga hadir dengan dengan rekaan muka jam berbentuk bulat bersama pilihan tali jam berasaskan silikon atau kulit. Seterusnya, turut mempunyai dua butang kawalan di sisi.

image is not available

Bagi yang berminat, Xiaomi Watch S1 Active dijual pada RM649, sementara itu Xiaomi Watch S1 pula berharga RM899. Kedua-duanya boleh didapati bermula esok iaitu 16 Mac 2022 menerusi kedai jualan Rasmi Xiaomi terpilih. Mana-mana pelanggan yang membelinya di antara 16-24 Mac 2022, layak mendapatkan Redmi Buds 3 Pro (RRP : RM239) secara percuma untuk pembelian Xiaomi Watch S1, sementara itu pembelian Xiaomi Watch S1 Active akan mendapat Redmi Buds 3 Lite (RRP: RM99).

image is not available

Xiaomi Watch S1 mempunyai paparan 1.43-inci AMOLED 60Hz dengan resolusi 466 X 466 piksel dan kepadatan piksel 326 ppi. Ia juga menyokong sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan 117 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna. Kemudian, turut sama menawarkan sokongan dwi-GPS, kemampuan kalis air 5ATM dan bateri 470mAh dengan ketahanan mencapai 12 hari dan 24 jam untuk mod penjimatan bateri sebelum perlu dicas semula. Lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah NFC, sistem pengecasan nirwayar dan sebagainya.

image is not available

Xiaomi Watch S1 Active turut sama mempunyai skrin bersaiz 1.43-inci AMOLED bersama enam kemasan tali yang berwarna menarik. Antara muka jam turut boleh dikemaskini dengan pilihan sehingga 200 muka jam. Turut melengkapinya, sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan 117 mod sukan berbeza. Jam tangan ini turut boleh berfungsi dengan beberapa aplikasi pihak ketiga seperti Strava dan Apple Health.

image is not available

Bateri turut mampu bertahan sehingga 12 hari bagi penggunaan biasa, kemudian meningkat kepada 24 hari dengan mod penjimatan bateri. Lain-lain spesifikasi termasuklah dwi-GPS GPS, kebolehan untuk panggilan menerusi bluetooth, pembayaran nirtunai dengan NFC, pembantu maya Alexa dan penarafan kalis air mencapai 5ATM.