Bomba Selamatkan Jari Kanak-Kanak Tersepit Dalam Lubang Rim Kereta

8 Mar 2022 • 2:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota bomba memotong dan membuka rim tayar kereta dengan menggunakan 'grinder' besi untuk melepaskan jari seorang kanak-kanak yang tersangkut pada rim berkenaan di Kota Marudu.

KOTA MARUDU - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan detik cemas selepas jarinya tersangkut di lubang rim kereta dalam kejadian di sini, lewat petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang dilaporkan pihak hospital pada jam 6.35 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke Hospital Kota Marudu bagi membantu kanak-kanak berkenaan.

“Sejurus tiba, pasukan bomba mendapati jari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tersangkut dalam rim kenderaan tidak digunakan.

“Pasukan kita berjaya memotong dan membuka rim tersebut menggunakan ‘grinder’ besi. Mangsa yang cedera kemudian diberikan rawatan oleh pihak hospital,” katanya.

Jelasnya, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.50 malam selepas memastikan tiada masalah susulan berhubung insiden terbabit. – Getaran, 8 Mac 2022
 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved