350 graduan Sabah terima manfaat kursus UMS

9 Mar 2022 • 2:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kursus Keusahawanan dan Kursus “Train and Place” yang dianjurkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula Mac ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350 graduan kelahiran Sabah.

Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP), Dr Soon Singh Bikar Singh berkata, kursus diadakan secara dalam talian di bawah program Penjana [email protected] Fasa 2.

“Kursus yang berlangsung sekitar dua minggu hingga sebulan ini bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dalam mendapatkan peluang pekerjaan terutama dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

“Ia merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan dilaksanakan oleh UMS dengan kerjasama Kerajaan Sabah.”

Menurut Soon, kursus itu adalah percuma dan terbuka kepada graduan yang telah menamatkan pengajian mereka pada 2019-2021.

“Komitmen KPT dan Kerajaan Sabah dalam program ini memberi manfaat yang harus diambil oleh graduan, khususnya dalam menentukan laluan kerjaya mereka.

“Ia sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.

“Bagi kursus Train and Place, UMS akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Yayasan Usaha Maju dan Tekun Nasional Sabah bagi penempatan pekerjaan selepas tamat latihan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article