Polis Johor siasat penipuan jualan tiket bas VTL

1 Mar 2022 • 11:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang menyiasat kes penipuan membabitkan penjualan tiket bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima hari ini berhubung penipuan penjualan tiket itu terhadap pekerja Malaysia di Singapura yang dibeli secara dalam talian dan juga menerusi Facebook.

"Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura dalam siasatan kes itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved