Pengguna Android Kini Boleh Padam Sejarah Carian 15 Minit Terakhir

TechnologyDigital
22 Mar 2022 • 4:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada acara Google I/O tahun 2021, Google meneruskan usaha mereka untuk menjaga privasi dan sekuriti pengguna. Antara yang diperkenalkan adalah kemampuan memadam sejarah carian untuk 15 minit terakhir pada peranti pengguna, lebih-lebih melalui aplikasi Google dan lain-lain dengan akaun Google.

Dua bulan selepas pengumuman ini, Google mengedarkan ciri ini kepada pengguna iPhone terlebih dahulu. Kini sudah hampir tamat suku pertama 2022, Google akhirnya mengedarkan ciri ini kepada pengguna Android.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Google ke versi terkini. Tekan sahaja gambar profil dan akan terpapar Delete last 15 minutes. Selepas tekan semua sejarah carian pada semua peranti dengan akaun sama akan dipadam.

Jika anda rasa malas, Google turut menawarkan ciri memadam secara automatik setiap 3, 18 atau 36 bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved