Hati Fikry Ibrahim Sudah Dimiliki?

14 Mar 2022 • 11:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pelakon Fikry Ibrahim dilihat muncul di kaca televisyen membintangi watak utama sebuah drama bersiri yang berlatarkan pulau peranginan terkenal, Langkawi. 

Drama ‘Kerana Dia Suka’ yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini merupakan sebuah lagi karya adaptasi daripada novel karya Marissa dengan judul yang sama. 

Bergandingan dengan Rita Nadira sebagai Wardina, Fikry Ibrahim yang memegang watak sebagai Idham bakal tersepit di antara dua cinta dan terperangkap di dalam permainan perasaannya sendiri.

image is not available

Sejak drama ini mula menemui penonton minggu lalu, pelbagai reaksi dan komen diberikan warganet di laman sosial.

“Jarang nak suka tengok cerita pukul sembilan, tapi sebab ada Fikry Ibrahim, kita layan. Senyum saya tengok cerita ini,” kata pengguna Twitter, Arza Aiman.

“Seronok juga cerita ini,” kata komen yang lain

‘Kerana Dia Suka’ dimulakan dengan insiden tunangan Wardina yang ditangkap basah. Kerana kecewa, dia membawa diri bercuti ke Pulau Langkawi dan di situlah bermulanya titik pertemuannya dengan Idham.

Di sana, mereka menginap di tempat yang sama dan mula meluangkan lebih banyak masa bersama. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Namun begitu, Idham berterus-terang dengan Wardina bahawa dia telah bertunang. Walaupun tertarik dengan personaliti Idham, Wardina mengawal perasaan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga.

Malahan, Wardina menganggap perkenalan mereka tidak akan berpanjangan.  

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Wardina berazam untuk memulakan hidup baharu. Dia ingin melupakan Sufian dan dia juga tidak mahu memikirkan tentang Idham lagi. 

image is not available

Namun, Sufian masih tidak henti-henti mengganggu Wardina dan bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengan Wardina. 

Idham tiba-tiba kembali menghubungi Wardina dan menziarah Wardina yang berada di kampung. Idham mahu lebih mengenali Wardina, malah dia juga bergaul mesra dengan keluarga Wardina. Walaupun terharu dengan kebaikan Idham, Wardina sentiasa menjaga batas kerana tidak mahu mengganggu tunangan orang.

Di sebalik ketenangan raut wajah Idham, dia berusaha mencari jalan penyelesaian untuk meleraikan kemelut hubungan dengan tunangnya, Lisa kerana dia sudah mula menyayangi Wardina.

Sepanjang 20 episod ini, penonton bakal disajikan dengan drama percintaan dan kasih tak jadi menerusi slot Lestari, TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam. Turut sama memeriahkan drama ini ialah Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Aidit Noh dan Risyka Akira.

image is not available

Gambar: TV3

View Original Article