Rakyat Thailand masuk ke Malaysia perlu guna MySejahtera

LocalPolitics
29 Mar 2022 • 6:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PADANG BESAR: Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais.

“Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis, hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pintu sempadan Wang Kelian, di sini, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki Malaysia.

“Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.-Bernama