Empat rumah di Kampung Sungai Punti dinaiki air

6 Mar 2022 • 7:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Empat kediaman di Kampung Sungai Punti, Serdang Bandar Baharu, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat bermula jam 4.30 petang Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, bagaimanapun tiada mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Bandar Baharu setakat ini.

“Hasil pemantauan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati sebanyak empat kediaman dinaiki air selepas hujan dan paras air Sungai Punti dalam keadaan laju serta bahaya.

“Namun, hujan berhenti di sekitar Sungai Punti, mukim Serdang setakat jam 5.53 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, keadaan terkini paras air di Sungai Punti berada di tahap berbahaya namun paras air di kawasan rumah penduduk sudah mulai surut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved