Kematian warga emas tiada unsur jenayah: Polis

1 Mar 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kematian lelaki warga emas yang ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah kenderaan Ahad lepas disahkan tidak melibatkan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata siasatan polis di lokasi penemuan mayat mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau sebarang unsur jenayah berlaku.

Katanya, mendiang John Maria Ambrose (gambar), 62, yang tinggal di Kampung Tambalugu, Tamparuli kerap hilang ingatan atau menghidap penyakit demensia.

“Isteri mendiang juga melaporkan lelaki itu kerap keluar rumah dan sering memasuki kenderaan orang awam yang tidak berkunci.

“Namun kehilangan mangsa sejak 26 Februari lalu menyebabkan ahli keluarga meminta bantuan penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat keesokan harinya,” katanya.

Menurut Mohd Hamizi, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan juga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Pada jam 7.20 Ahad lalu, mayat lelaki itu ditemukan di dalam sebuah kenderaan tidak berkunci selepas orang awam terhidu bau busuk di Kampung Lakang, Tamparuli.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.