3 Cara Mendaftar 'Home Vaccination' Untuk Warga Emas Yang Uzur Di Rumah

28 Mar 2022 • 3:01 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan diri daripada wabak itu terutama menjelang bulan Ramadan ini.

Menyedari ada dalam kalangan warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV disebabkan masalah logistik, pihak PortectHealth akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah melalui program dikenali sebagai Home Vaccination.

Perkhidmatan itu adalah inisiatif kerajaan untuk memperluaskan dan mempercepatkan proses vaksinasi dos penggalak sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima yang tidak mendapat dos penggalak pada akhir bulan Mac.

image is not available

Program ini juga bagi melindungi warga emas kerana mereka adalah golongan berisiko -- apatah lagi pada Ramadan nanti kebanyakan dijangka berhimpun di masjid untuk menunaikan solat tarawih dan menghadiri majlis agama sama ada di dalam atau di luar rumah.

Situasi ini berkemungkinan boleh menyebabkan penularan Covid-19 yang lebih tinggi.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr. Anas Alam Faizli menasihatkan semua warga emas supaya mendapatkan dos penggalak mereka dengan segera bagi memastikan peralihan kepada fasa endemik bermula 1 April ini dapat dilaksanakan dengan selamat, dan sebelum status sijil mereka pada aplikasi MySejahtera bertukar menjadi tidak lengkap.

Bagi mereka yang masih belum menerima dos penggalak sebelum 1 April, warna sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera akan bertukar kepada warna putih.

Dengan program Home Vaccination, kami ingin memberikan kemudahan dan pengalaman yang lancar dan selesa untuk warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV.

image is not available

Berikut 3 kaedah yang boleh anda lakukan sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Home Vaccination buat ibu bapa masing-masing yang telah berusia :-

1. Talian Hotline Nasional untuk Home Vaccination di 1700-811-007 setiap hari bermula 28 Mac 2022 (9:00 pagi hingga 5:00 petang).

Sebagai alternatif, orang ramai boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan mereka akan menerima maklum balas dalam masa 1 - 3 hari.

2. Daftar melalui laman web Protecthealth https://vaksincovid.protecthealth.com.my/register_vaccinee

3. Aplikasi MySejahtera Helpdesk :

- Pergi ke Helpdesk

- Klik pilihan A – Temu Janji Vaksinasi Penggalak

- Klik pilihan C – Saya/tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksin di rumah

image is not availableSumber: Mstar