3 Lelaki Sesat Di Gunung Keriang Ditemukan Selamat

5 Mar 2022 • 8:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin

ALOR SETAR -Tiga lelaki yang dikhuatiri sesat selepas gagal menemui laluan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang dekat sini hari ini ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata kesemua mangsa berjaya ditemukan pada 11.33 malam.

“Pihak bomba menjumpai kesemua mangsa di dalam gua di kawasan puncak gunung berkenaan dan mereka berada dalam keadaan lemah.

“Mereka telah diberikan rawatan awal dan anggota bomba sedang dalam proses membawa kesemua mangsa turun ke kaki gunung untuk tindakan seterusnya,” menurut beliau dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Bernama melaporkan ketiga-tiga lelaki mendaki gunung itu pada 6 pagi bersama dengan rakan mereka yang lain.

Bagaimanapun, mereka dikhuatiri sesat selepas tidak turun ke kaki gunung bersama dengan rakan lain. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved