(VIDEO) “Kalau Polis Datang Nak?” – Anak Potong Beg Kawan, Cara Ibu Ajar Anak Raih Pujian Netizen

29 Mar 2022 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Jaiz Izan yang memaparkan seorang wanita yang sedang memarahi anak lelakinya kerana berkelakuan nakal di sekolah.

Menerusi video tersebut, dilihat satu tangkap layar memaparkan perbualan di applikasi Whatsapp dipercayai daripada seorang guru yang memaklumkan bahawa anaknya, Abdul Muadz telah menggunting beg milik rakannya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah cara wanita itu memarahi anaknya dan mengajarnya bahawa apa yang telah dilakukan olehnya itu merupakan satu kesalahan.

image is not available

Kalau polis datang ni macam mana? Polis datang rumah ni kang tangkap Muadz, tapi kenapa awak pergi potong beg orang?

Malah, wanita itu turut mengugut anaknya bahawa polis mungkin akan datang untuk mengangkap anaknya atas kesalahan yang dilakukan.

@jaizizan

Ahmad Muadz.Semoga menjadi pelajar yg terbaik kelak…aamin Allahumma aamin.

? original sound – Jaizizan – Jaizizan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji tindakan wanita itu kerana mengajar anaknya dengan baik dan bukan mempertahankan kesalahan anaknya.

Bagus puan, ajar anak apa yg salah, apa yg betul – Netizen.

Bagus puan. As a mother kena bagi dia takut sikit. So that he remember untuk tak buat dah lepas tu,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Dia Speech Delay.." - Baju Penuh Kesan Conteng, Ibu Dakwa Anak Darjah 1 Dibuli