RM4,999 adalah tanda harga projektor kompak daripada Samsung ini, apa yang gempak sangat?

Digital
7 Mar 2022 • 4:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung The Freestyle adalah sebuah projektor yang unik. Ia bukan projektor biasa, saiznya superkompak dan lengkap dengan pelbagai ciri menarik seperti speaker dan boleh dikuasakan pek bateri. Pendaftaran minat nutuk milikinya telah dibuka akhir Februari lalu dan kini kita sudah ketahui berapakah harga jualannya.

image is not available

The Freestyle boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM4,999. Jika dibandingkan dengan harga rasmi di Amerika Syarikat, perbezaannya agak ketara. Di sana, ia dijual pada harga USD899 (RM3,757) sahaja. Namun, buat pembeli Malaysia, kita terima hadiah bernilai RM1,496 untuk setiap tempahan awal.

image is not available

Tempahan awal sedang berlangsung sehingga 10 April 2022 dan promo free gift ini berlangsung sehingga 31st March 2022 ataupun sehingga stok masih ada.

Spesifikasi Samsung The Freestyle

The Freestyle adalah sebuah projektor kompoak yang ada jisim Cuma 830g. Ia ada kaki yang boleh dipulas 180 darjah yang bermakna ia boleh didongak dalam sebarang sudut. Imej yang dipancarkannya adalah pada resolusi FHD dengan kecerahan 550 lumens (230 ANSI). Menurut helaian spesifikasi, jangka hayat yang boleh dijangka untuk lampu LED ini adalah sekitar 20 ribu jam.

image is not available

Selain mengeluarkan imej, ia turut dilengkapi speaker keliling dan menjalankan sistem operasi Tizen OS seperti kebanyakan TV pintar Samsung yang lain. Makanya, anda boleh melayani platform penstriman utama seperti Netflix, Apple TV, Amazon Prome Video, dan YouTube.

Pada sudut port I/O, projektor ini miliki port micro HDMI untuk suapan masuk isyarat video dan USB-C untuk kuasa. Samsung turut menjual aksesori pek kuasa sekiranya anda ingin jadikan projektor ini sebagai mudah alih.