Jangkitan harian turun 1,900 kes kepada 22,341

20 Mar 2022 • 11:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 MAC: Angka jangkitan Covid-19 turun 1,900 kepada 22,341 kes semalam berbanding kelmarin dengan jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata 99.32 peratus atau 22,188 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada jumlah yang direkodkan hari ini, sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 10,181 kes (45.57 peratus)
  • Kategori 2: 12,007 kes (53.75 peratus)
  • Kategori 3: 58 kes (0.26 peratus)
  • Kategori 4: 45 kes (0.20 peratus)
  • Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,974,019 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved