Seorang daripada dua lelaki hilang di laut ditemukan maut di Kudat

4 Mar 2022 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Seorang mangsa daripada dua lelaki bersepupu yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Laut Perapat Tugu Mamal, dekat sini, pada petang Khamis lepas ditemukan terapung dan meninggal dunia.

Mangsa, Macklin Majaun, 29 tahun, ditemui oleh orang awam kira kira pada jam 5.15 petang pada Jumaat di kawasan perairan Membatu Laut, iaitu 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata mangsa yang disahkan meninggal dunia seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ishak berkata kedua-dua mangsa, Macklin dan adik sepupunya Aewaeinder Fedelex Olliong, 20 tahun dilaporkan keluar untuk memukat ikan di laut sebelum dilaporkan hilang.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.