Barisan iPhone 13 disegarkan dengan warna baharu, hijau

Digital
9 Mar 2022 • 3:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Majlis pelancaran Apple Peek Performance pagi tadi, dimulakan dengan pengenalan warna baru untuk model telefon pintar terbaru Apple, siri iPhone 13. Kali ini, warna baru tersebut adalah warna hijau.

Pengenalan warna baru untuk iPhone bukanlah sesuatu yang janggal kerana untuk iPhone 12 dan iPhone 12 mini tahun lepas, warna ungu telah ditambah 6 bulan selepas dilancarkan. Acara hari ini memperkenalkan iPhone 13 dan iPhone 13 mini dengan warna hijau, manakala iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dengan warna Hijau Alpine.

Selain warna baru, spesifikasi lain adalah serupa. Malah, harganya juga tidak berubah. Berita baik untuk peminat di sini, warna baru untuk keluarga iPhone 13 ini boleh didapati di Malaysia mulai 25 Mac 2022. Tempahan awal pula boleh dilakukan seminggu lebih awal, iaitu 18 Mac 2022.

image is not available

Warna baru Hijau Alpine di iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, menyertai warna yang telah sedia ada ditawarkan iaitu Perak, Emas, Graphite dan Biru. Manakala warna baru Hijau di iPhone 13 dan iPhone 13 mini, adalah tambahan kepada warna yang telah dilancarkan iaitu Merah Jambu, Biru, Hitam, Starlight dan Merah.

Harga jualan untuk siri iPhone 13 di Malaysia adalah seperti berikut:

iPhone 13 Mini

128GB RM3,399
256GB RM3,899
512GB RM4,799

iPhone 13

128GB RM3,899
256GB RM4,399
512GB RM5,299

iPhone 13 Pro

128GB RM4,899
256GB RM5,399
512GB RM6,299
1TB RM7,199

iPhone 13 Pro Max

128GB RM5,299
256GB RM5,799
512GB RM6,699
1TB RM7,599

Bacaan Berkaitan