Air Terlalu Cepat Naik Tenggelamkan Ratusan Kereta Parking Di Wisma UOA 2

Cars
7 Mar 2022 • 5:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
banjir

Terasa sedih di hati ni bila lihat keadaan kereta yang tenggelam akibat banjir kilat yang berlaku di ibu kota ketika ini. Sedih lagi perasaan pemilik kereta yang hanya mampu melihat bumbung kereta mereka ditenggelami air tanpa mampu berbuat apa-apa.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Twitter, dia hanya sedar keretanya tenggelam apabila kawan sekerja memberitahu kawasan bawah pejabat banjir. Sebaik sahaja turun, dia terkejut melihat kereta yang diletakkan di kawasan parkir wisma UOA 2, Jalan Tun Perak hanya nampak bumbung.

Berdasarkan perkongsian wanita terbabit, pihak pengurusan parkir turut tidak memaklumkan apa-apa sebelum kejadian. Semua pemilik kenderaan hanya dimaklumkan setelah kenderaan tenggelam.

Ada juga yang memaklumkan kawasan parkir berkenaan pernah berlaku kejadian sama tetapi pihak pengurusan memang lambat bertindak.

image is not available

Bila jadi macam ni apa yang kita boleh buat? Harap pemerintah buatlah sesuatu kerana rakyat sudah cukup ditekan dengan banyak dugaan sebelum ini.

Rakyat Malaysia Gesa MySejahtera Jadi Lebih Berguna Sebagai Medium Amaran Banjir

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved