MIROS Akan Bentang Cadangan Had Kelajuan Kenderaan Ke 30km/j Di Kuala Lumpur Pada Bulan Depan

TechnologyDigitalCars
21 Mar 2022 • 10:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Kuala Lumpur

MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) bakal bentangkan cadangan hadkan kelajuan kenderaan ke 30km/j di beberapa lokasi di pusat bandaraya Kuala Lumpur, kepada pihak DBKL pada bulan hadapan.

Cadangan ini dijangka melibatkan beberapa kawasan sahaja, dan bukannya menyeluruh. Sebelum ini, Paris telah melaksanakan had kelajuan 30km/j sejak Ogos tahun lepas di bandar tersebut. Dengan langkah ini, ia dijangka menjadikan keselamatan di jalan raya lebih baik – terutamanya untuk pejalan kaki, dan mereka yang membawa basikal.

image is not available

Buat masa ini, MIROS sedang membangunkan kertas cadangan, dengan kajian dilakukan melibatkan kawasan dengan had kelajuan 40km/j dan 60km/j. Jalan raya dengan had kelajuan 70km/j dan 80km/j tidak akan disertakan dalam kajian dan kertas cadangan MIROS ini.