“Tau Tak Ni Kedai India?” – Order Makanan Kedai Bukan Muslim, Wanita Ini Disoal ‘Rider’ Status Agama

Food
10 Mar 2022 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kepelbagaian kaum dan juga etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai variasi makanan untuk dinikmati bersama.

Tidak kiralah Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, boleh dikatakan makananlah yang menyatukan kita semua.

Namun, baru-baru ini seorang gadis yang dikenali sebagai Farahin ada berkongsi pengalamannya bersama World Of Buzz apabila dia mendakwa telah dipersoal oleh penghantar makanan kerana memesan daripada restoran bukan muslim.

image is not available

Sumber : Google  

Bagi Farahin, dia merasakan tidak salah untuknya memesan makanan daripada mana-mana kedai daripada bangsa lain, asalkan halal.

Difahamkan, dia telah menerima mesej daripada ‘rider’ penghantar makanan yang bertanyakan sama ada dia seorang muslim setelah memesan thosai dan idly daripada restoran makanan India yang berlokasi di Sungai Buloh.

image is not available

Sumber : World Of Buzz 

‘Rider’ itu kemudian memaklumkan bahawa makanan yang ditempahnya itu bukan daripada restoran mamak tapi milik bangsa India sepenuhnya.

Perkara tersebut membuatkan Farahin tertanya-tanya sama ada terdapat ‘peraturan’ yang melarang orang Melayu untuk makan di restoran bangsa-bangsa yang lain.

Dia juga berpendapat bahawa ‘rider’ tersebut patut hanya menjalankan tugasnya sebagai penghantar makanan dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.

Farahin juga berharap agar para penghantar makanan di luar sana untuk sentiasa menjaga adab dan tatatertib dengan pelanggan ketika menjalankan tugas.

image is not available 21 jam lalu

"Muka Elok Dah Tapi.." - Datang Pakai Lacoste Balik Pakai LV, Lelaki Ini 'Kantoi' Mencuri Kasut