Iklim Tak Menentu, Muncul Teori Bandar Utama Di Malaysia Bakal Tenggelam Pada Tahun 2050!

9 Mar 2022 • 2:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perubahan cuaca serta iklim yang tidak menentu ternyata telah membuatkan rakyat berasa tidak tenang dan mencetuskan kebimbangan dalam menjalani kehidupan setiap hati.

Jika dahulu, tragedi banjir sering berlaku sekitar hujung tahun di negeri-negeri pantai timur, namun kini, ia turut membabitkan kawasan sekitar di ibu kota dan juga negeri-negeri jarang banjir yang sama sekali kita tidak menyangka akan terjadi.

image is not available

Sumber : AFP 

Dan pastinya, kejadian bencana alam ini akan ‘memusnahkan’ harta benda mereka yang terjejas dan keadaan semakin sukar tambahan dunia kini sedang dilanda wabak COVID-19.

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter ada memuat naik teori dan ramalan mengenai perubahan iklim yang mungkin akan menenggelamkan beberapa bandar utama di Malaysia (dan dunia) berikutan peningkatan air laut akibat pemanasan global.

Sekadar info, teori dan hasil kajian itu diterbitkan oleh pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Dalam laporan tersebut, antara negeri yang mungkin terjejas menjelang tahun 2050 adalah Perlis, Kedah, Penang, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Memetik laporan;

Pada tahun 2050, Alor Setar menjadi sebuah pulau, sepanjang kawasan Parit Buntar hinga ke Taiping tidak kelihatan, Lebuhraya Utara Selatan Tenggelam, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor lenyap..

..Port Klang tenggelam, Shah Alam mengecil, KLIA bertempat di sebelah pantai. Muar dan Pekan juga tenggelam, Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi pulau.

Berikutan itu, berjuta penduduk Malaysia didakwa akan terkesan dan kebanyakannya terpaksa berpindah.

image is not available

Sumber : Twitter  

image is not available

Sumber : Twitter  

Meskipun ianya hanyalah sekadar teori, namun tragedi banjir yang terjadi pada kita hari ini mungkin sudah mula menunjukkan bahawa kajian-kajian tersebut mungkin benar dan sahih.

Susulan itu, ramai netizen berharap agar kerajaan atau pihak berkuasa dapat lebih membuka mata dan cakna dengan perubahan iklim yang sedang berlaku serta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menghadapi bencana-bencana alam seperti banjir.

image is not available 1 hari lalu

"Asal Boleh.." - Ukur Air Banjir Pakai Anggota Tubuh Badan, Netizen 'Hentam' Agensi Pengurusan Bencana Negara