Kerajaan sedia pelan perlindungan insurans akibat kematian ketua isi rumah

23 Mar 2022 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua IR dengan peruntukan RM13.4 juta setahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia akan melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.

"Setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Bilangan Satu Tahun 2022 di Bangunan Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu juga bersetuju agar tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia ditingkatkan dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan bagi Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.

Katanya, perkara lain yang dipersetujui ialah memperkasa agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa Dua.

AKAN MENYUSUL