“Air Asia Sudah Selesaikan Lebih 90% ‘Refund’ Kepada Pelanggan” – Tony Fernandes

29 Mar 2022 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd yang dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan bahawa setakat ini syarikat itu telah menyelesaikan lebih 90 peratus bayaran balik kepada penumpangnya, seperti laporan Malay Mail.

Jelas Tony lagi, lebih banyak bayaran balik akan dilakukan dalam masa beberapa bulan yang akan datang meskipun industri penerbangan kini sedang berdepan dengan masalah kewangan akibat COVID-19.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap perlaksanaan tersebut sebagai pencapaian yang luar biasa kerana ianya dapat dilakukan tanpa sebarang sokongan kewangan daripada kerajaan.

Bayaran balik akan dilakukan apabila penerbangan disambung semula. Di Malaysia, mungkin dalam tempoh beberapa bulan dan Filipina dalam tempoh enam bulan.

Terdahulu, terdapat banyak rungutan daripada penumpang syarikat penerbangan itu yang terpaksa membatalkan penerbangan dan mereka memohon untuk dibayar semula segala kos berikutan dunia dilanda pandemik semenjak tahun 2020 yang lalu.

Selain itu, pelanggan AirAsia X juga akan mendapat baucar setelah syarikat tersebut kembali beroperasi sebagai langkah adil buat pelanggan yang terjejas.

image is not available 1 bulan lalu

“Boikot je la..” - Netizen Bengang Yuran 'Check-In' Di Kaunter Air Asia Naik Dari RM20 ke RM 100