Snapchat Mengambil-Alih NextMind, Syarikat Set Kepala Kawalan Minda Untuk Fokus Kepada Realiti Terimbuh

TechnologyDigital
24 Mar 2022 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NextMind adalah syarikat yang membangunkan set kepala kawalan minda. NextMind dibangunkan untuk memudahkan kawalan komputer dan set kepala/peranti boleh pakai realiti terimbuh dan realiti maya tanpa menggunakan tangan.

image is not available

Terkini Snap iaitu syarikat di sebalik aplikasi media sosial terkenal, telah mengambil-alih syarikat ini dengan nilai yang tidak didedahkan untuk diintegrasikan ke dalam Snap Lap, iaitu bahagian kajian Snap. Dengan itu, Snap akan teruskan usaha untuk membangunkan teknologi realiti terimbuh seperti yang tersedia dalam Snap Cameram dan Spectacles.

image is not available

NextMind akan kekal beroperasi terus dari Perancis dan Snap juga akan terus mencari pekerja baharu untuk menjayakan projek-projek mereka dengan teknologi kawalan minda ini. Adakah dengan memiliki teknologi ini, Snap kelak turut akan bersaing dengan Apple Glass serta set kepala realiti terimbuh Apple? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada mereka.