Ciri Pembatalan Hingar Google Meet Kini Hadir Untuk Semua

TechnologyDigital
25 Mar 2022 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkhidmatan telesidang Google iaitu Google Meet adalah antara yang banyak digunakan sejak berlakunya Covid-19 dan inisiatif bekerja dari rumah. Google Meet menawarkan banyak ciri untuk semua kategori pengguna tidak kira pelajar atau mereka yang sudah bekerja.

Antara ciri menarik adalah kesan bokeh, ubah latar belakang yang berubah kesan cahaya atau ciri pembatalan hingar. Untuk ciri pembatalan hingar, ia terhad kepada pengguna pendidikan dan perusahaan sahaja serta dengan menggunakan aksesori yang diiktiraf Google sahaja.

image is not available

Terkini, Google memaklumkan yang ciri ini sudah boleh digunakan oleh semua pengguna. Pengguna perusahaan ciri ini akan dihidupkan secara lalai, untuk pengguna pendidikan ia akan dimatikan secara lalai, manakala pengguna lain boleh mati atau hidupkan pada bila-bila masa.