Piala FA: Sabah mara pusingan kedua

12 Mar 2022 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SABAH FC menepati ramalan awal untuk mara ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan pasukan Liga M3, Respect FC 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas, pada Sabtu.

Bagaimanapun The Rhinos pimpinan Datuk Ong Kim Swee itu terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek gawang pasukan pelawat hasil jaringan Ummareng Bacok (50') dan Nazirul Naim Che Hashim (85').

Biarpun tampil dengan status pasukan tahap tiga, namun rangkaian penyudah Respect FC tetap memberi ancaman terhadap gawang tuan rumah yang dikawal Damien Lim dengan beberapa percubaan berbahaya.