Ini Cara ‘Recover’ Gambar, Video & Semua Fail Penting Daripada Laptop Rosak

Digital
4 Mar 2022 • 10:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasti ramai yang sudah terbiasa menyimpan gambar atau video kenangan mahupun fail-fail penting di dalam laptop kan. Namun, tahukah anda bahawa jangka hayat sebuah laptop adalah pendek iaitu hanya sekitar 3 tahun ke 5 tahun bergantung kepada jenama dan cara penjagaan.

Jadi, bagaimana kita mahu mendapatkan semula semua fail-fail penting di dalam sebuah laptop jika ianya mengalami kerosakan?

Bagi menjawab persoalan ini, menerusi satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aman Jamadi, ini adalah langkah-langkah untuk recover data daripada laptop rosak.

image is not available

Cara-cara Mendapatkan Semula Fail Penting Daripada Laptop Rosak

1. Bawa laptop rosak ke kedai komputer terdekat.

Untuk pengetahuan anda, sebarang fail masih boleh diselamatkan daripada laptop yang rosak selagi mana hard disk masih boleh berfungsi.

2. Keluarkan atau extract hard disk (HDD atau SSD).

Seterusnya, minta bantuan juruteknik di kedai komputer untuk menggeluarkan hard disk yang berada di dalam laptop tersebut.

3. Bawa external hard disk atau pendrive.

Kemudian, anda turut boleh meminta juruteknik untuk melakukan backup supaya fail yang tersimpan boleh dieskport ke dalam external hard disk atau pendrive yang dibawa.

4. Beli external hard disk enclosure (Pilihan).

Jika anda mahukan privasi terhadap semua gambar atau video peribadi yang disimpan di dalam laptop tersebut, anda boleh meminta juruteknik untuk keluarkan sahaja hard disk laptop dan kemudian anda digalakkan untuk membeli cable dikenali sebagai enclosure supaya anda boleh melakukan semua proses tersebut dengan sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik? Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved