Tanah runtuh Bukit Permai: Baki penduduk mula berpindah

11 Mar 2022 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Beberapa penduduk di kawasan sekitar tapak insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini mula berpindah disebabkan risau tentang keselamatan mereka.

Sejak insiden yang berlaku petang Khamis, sebahagian kejiranan di kawasan tersebut sudah pun berbuat demikian selain arahan berpindah yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebahagian mereka yang mana kediaman mereka tidak terjejas, namun terlalu hampir dengan kawasan runtuhan pula mengambil masa untuk berkemas dan mengeluarkan barangan penting sebelum melakukan perkara sama.

Bagaimanapun tinjauan mendapati terdapat segelintir penghuni yang tinggal sekitar 50 meter dari kawasan insiden tersebut masih lagi berada di rumah masing-masing.

Setakat pagi ini, tiada kerja-kerja menyelamat atau kerja-kerja pembersihan dilakukan sekali pun beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis dan bomba masih ditempatkan di tapak runtuhan sejak semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved