Dewan Negara lantik ahli Jawatankuasa Pemilih

Politics
21 Mar 2022 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR, - Dewan Negara pada Isnin meluluskan usul pelantikan lima ahli Jawatankuasa Pemilih untuk penggal kelima, Sidang Parlimen ke-14.

Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim (pengerusi); Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad; Senator Datuk Husain Awang; Senator Lim Hui Ying dan Senator Susan Chemerai Anding.

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.

"Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (2), majlis mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” kata Mas Ermieyati selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved