Penolong pengarah kanan ditahan, disyaki minta suapan RM10,000

1 Mar 2022 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Seorang penolong pengarah kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta suapan kira-kira RM10,000 daripada orang awam.

Suspek berusia 54 tahun ditahan SPRM Sabah di pejabatnya, di sini kira-kira jam 3 petang Selasa.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta suapan bagi mempercepatkan urusan mengeluarkan surat tawaran tanah melibatkan pekebun kecil.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada esok.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan kes itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved