Oppo Reno7 Z 5G Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 29 Mac 2022

TechnologyDigital
24 Mar 2022 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Oppo Reno7 sedia diperkenalkan di Malaysia dengan dua model berbeza. Ini termasuklah Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro. Seperti beberapa model terdahulu, kedua-duanya masih meneruskan tradisi siri berkenaan yang memberi tumpuan terhadap kebolehan kamera pelbagai guna.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Oppo mempunyai perancangan lain untuk hadir dengan sebuah lagi model di bawah siri yang sama. Melaluinya, Oppo Reno7 Z bakal diperkenalkan dan ketersediaannya dijadualkan berlangsung pada 29 Mac 2022. Seperti adik-beradiknya, penggunaan slogan “The Portrait Expert” jelas memberi gambaran yang mana ia kelak menyokong kebolehan menangkap gambar potret yang baik.

image is not available

Tidak banyak informasi mengenai peranti yang dikongsi buat masa ini, tetapi ia sebelum ini telah dilancarkan di Indonesia. Sekiranya ia adalah variasi yang sama, maka peranti kelak akan dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ yang dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan 33W. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 64+2+2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sistem lampu Dual Orbit Light turut disokong.