Geely Perkenalkan Binrui Cool (2022), Bakal Jadi Model Preve?

Cars
16 Mar 2022 • 10:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Geely yang merupakan sebuah jenama kereta dari China telah memperkenalkan satu model baru iaitu Binrui Cool (2022). Korang rasa Proton akan bawa masuk tak model ni?

Menurut laporan Pandu Laju, sedan segmen-C ini mungkin akan dijual pada pertengahan tahun ini di China dengan harga anggaran 79,800 yuan bersamaan RM52,680.

image is not available

Untuk trenkuasa, kereta ini menggunakan enjin silinder 1.5L yang mampu menghasilkan 178hp yang hadir dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan roda depan (FWD).

image is not available

image is not available

Kalau lihat pada gambar, rekaan Binrui Cool ni memang nampak sporty dan sangatlah sesuai untuk golongan muda.

image is not available

Bahagian belakang pula dilengkapi dengan dua muncung ekzos di bahagian kiri dan kanan berbentuk bujur. Pergh! Betul mengancam.

Kereta itu dipadankan dengan rim aloi warna hitam bersaiz 17 inchi bersama kaliper brek berwarna kuning.

image is not available

Bahagian dalaman pula hadir dengan seat semi-bucket yang sangat gempak berwarna hitam dan kelabu. Menariknya, terdapat kluster instrumen digital bersaiz 10.25-inci bersambung pada unit infotainmen skrin sentuh. 

image is not available

Apa pandangan korang? Adakah Proton akan bawa masuk model ini sebagai model Preve? Sama-sama kita nantikan..

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.