JDT II lonjak di tangga kedua Liga Premier

Football
26 Mar 2022 • 10:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR Darul Ta'zim II (JDT II) berjaya melonjak ke tangga kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, JDT II berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Feroz Baharuddin hasil umpanan pemain import, Moussa Sidibe.

Tuan rumah berpeluang menambah gol kedua pada minit ke-10, namun rembatan deras penyerang import, Fernando Rodriguez sekadar melepasi palang gol pasukan pelawat.

JDT II memperoleh gol kedua apabila bola lorongan pemain muda meningkat naik, Daryl Sham George berjaya disudahkan Sidibe pada minit ke-21.

Lima minit kemudian, Skuad Projek FAM-MSN merapatkan jurang gol hasil sentuhan Muhammad Haikal Sahar apabila bola sepakan percuma Mohamad Aikmal Roslan gagal dikeluarkan penjaga gol JDT II, Haziq Nadzli.

Aksi babak kedua memperlihatkan kedua-dua pasukan berusaha menambah jaringan, namun masing-masing gagal menyudahkan beberapa peluang sehingga tamat perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved