(VIDEO) “Mana Inti Weh?” – Disangka Kena ‘Scam’ Beli Pau Mantou Kosong, Netizen Ajar Cara Makan Sebenar

31 Mar 2022 • 5:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui bahawa salah satu keistimewaan negara Malaysia adalah rakyatnya yang berbilang kaum. Hal ini telah menjadikan makanan tempatan negara kita terdiri dari pelbagai jenis makanan dan boleh dinikmati bersama.

Baru-baru ini, tular di applikasi TikTok hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Jannah Mukhatar yang kecewa apabila disangka kena ‘scam’ dengan penjual kedai makanan Cina.

Menerusi video tersebut, dia dilihat telah membeli pau mantou di kedai tersebut namun berasa pelik kerana pau yang dibelinya itu kosong dan tiada intinya.

image is not available

Kami kena scam dengan kedai Cina. Inti mana? mana inti weh..

Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 210K tontonan, 4.03K tanda suka, dan 1.06K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memaklumkan bahawa wanita itu bukan di ‘scam’ tetapi sebaliknya pau mantou itu sememangnya tidak mempunyai inti kerana akan dimakan bersama kuah atau lauk tambahan.

Ehhh bukann bukannn… memang kosong tu, cicah apa-apa sedap. – Netizen.

Diaorang makan dengan kuah or hidangan tambahan.. pernah tengok kawan Cina makan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Dia Campak Apa?" - Terjaga Dari Tidur, Wanita Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah