22 anggota polis terima anugerah di Ranau

27 Mar 2022 • 12:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seramai 22 anggota polis pelbagai pangkat menerima anugerah penghargaan atas dedikasi mereka daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Idris Abdullah sempena sambutan Hari Polis ke-215 peringkat daerah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, Jumaat.

Anugerah disampaikan Ketua Polis Ranau DSP Simiun Lomudin yang turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 21 orang awam yang memainkan peranan penting bersama PDRM.