Gadis Dilarang Masuk Unit Kecemasan Sebab Pakai ‘Skirt’ Pendek, KKM Ambil Tindakan Keatas Pengawal

19 Mar 2022 • 10:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lepas, tular di platform media sosial iaitu Twitter apabila seorang gadis berkongsikan kisah dirinya dihalang dari melawat bapa di unit kecemasan di Hospital Selayang.

Melalui ciapan beliau, pengawal keselamatan disana telah menghalang dirinya dari memasuki kawasan terbabit kerana mendakwa cara pemakaiannya tidak mengikut tatasusila iaitu dengan memakai dress pendek atas lutut tanpa lengan.

Menurut pengawal keselamatan itu, skirt gadis itu terlalu pendek dan tidak sesuai untuk dipakai di hospital.

Difahamkan dari laporan MalaysiaKini, sedar akan isu yang berlaku, pihak Hospital Selayang telah mengambil tindakan lanjut dengan menegur seorang pengawal yang menghalang gadis tersebut masuk.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut bersuara dengan berharap agar kejadian itu tidak berlaku di masa akan datang dan dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

image is not available 4 minggu lalu

"Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas, Sedih!" - Netizen Geram Kerajaan Tak 'Upgrade' Hospital