Bakal Mansuhkan Kaunter 'Check-In', Air Asia Syor Pelanggan Guna Aplikasi Online!

1 Mar 2022 • 11:33 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bermula 1 April nanti, AirAsia akan mengehadkan kaunter perkhidmatan daftar masuk di semua lapangan terbang di seluruh Malaysia bagi memudahkan proses 'self check-in' melalui laman web dan aplikasi mobile ‘Super App’.

Tiada yuran daftar akan dikenakan mulai 1 April 2022 kerana hanya pelanggan yang layak mengikut beberapa kategori sahaja akan dibenar menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk sewaktu pemansuhan kaunter berkenaan secara beransur-ansur.

Antara pelanggan-pelanggan yang boleh menerima ‘keistimewaan’ tersebut ialah golongan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, tempahan berkumpulan seramai 10 orang dan lebih, penumpang berusia berumur 12-16 tahun yang melancong bersendirian, serta penumpang terjejas oleh perubahan jadual dan pembatalan penerbangan.

image is not available

Untuk malumat lebih lanjut mengenai kategori-kategori penumpang dibenarkan menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk berkenaan bermula 1 April akan datang melalui link ini.

Sumber dan Kredit: The Vocket

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved