Keluarga UMNO diseru rapatkan saf

Politics
19 Mar 2022 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seluruh Keluarga UMNO diseru supaya merapatkan saf dan jangan sesekali membenarkan mana-mana anasir mengganggu-gugat keharmonian parti ketika ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika parti memiliki kekuatan yang kukuh, segala halangan dapat diatasi dengan sebaiknya.

“Ini kerana hanya UMNO menjadi harapan. Rakyat telah cuba menukar kerajaan tetapi terbukti hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membela nasib mereka.

“UMNO adalah Juara Rakyat!,” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.