(VIDEO) “Tak Kan Suami Kena Belajar Masak?” – Kenyataan Dikecam Pengguna Twitter, Haris Tampil Beri Penjelasan

25 Mar 2022 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular di laman Twitter satu ciapan oleh seorang pengguna yang berkongsi sepotong klip video memaparkan suami kepada selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menerusi video tersebut, Haris telah membuat satu kenyataan di sebuah program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai tips rumahtangga.

Namun, kenyataan yang dibuat oleh Haris telah menerima respon kurang baik oleh orang ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, takkan saya nak kena angkat beras, bawak masuk dalam ni, saya pula kena belajar.

Menurutnya, isteri yang sepatutnya menyempurnakan bahagian itu dan jika isteri tidak memahami tugasnya, tidak memahami apa yang terbaik untuk dirinya itu adalah satu perkara yang bahaya buat rumahtangga tersebut.

Tampil memberi penjelasan, Haris berkata maksud sebenarnya adalah isteri dianjurkan untuk memasak tetapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar dan sebagainya, jika tidak sempat tidak akan menjadi satu dosa dan masalah.

Kalau di dengar dengan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan dengan video ini adalah lelaki wajib menyediakan tempat tinggal.

Dalam pada itu, Haris turut berkata seorang suami tidak boleh menzalimi isteri dengan memintanya mengangkat beras atau membaiki bumbung rumah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

(TAHNIAH) Selamat Bersalin Anak Lelaki, Neelofa Dan Haris Pilih Nama Muhammad Bilal