Pengantin Lelaki Simpan Jambangan Wang Hantaran RM15K Dalam Kereta Kerana Berat

Entertainment
4 Mar 2022 • 7:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pemberian wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan adalah suatu pekara yang sering dilakukan semasa majlis pernikahan.

Namun, kebiasaanya demi langkah yang lebih selamat ada yang memilih untuk memberi secara atas talian atau menggunakan cek sahaja.

Akan tetapi, sedikit berbeza dengan dengan seorang pengguna di TikTok ini apabila beliau berkongsi video semasa majlis pernikahannya dengan memberi wang hantaran bernilai RM15,000 secara tunai.

Lebih menarik, wang kertas itu disusun menjadi jambangan yang besar sekaligus membuatkan ramai yang terkejut dengan tindakkannya itu.

Namun begitu, ketika ditanya oleh imam dimanakah wang hantarannya itu, tanpa berlengah pengantin lelaki yang juga dikenali sebagai @fitrikhai_ itu terus mengambil jambangan wang hantaran yang diletakkan didalam kereta itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengakui bahawa jambangan wang hantaran itu sukar dibawa kerana besar dan berat.

Menerusi video, setelah selesai akan nikah beliau menyerahkan jambangan duit itu kepada isterinya ketika di atas pelamin.

Wowww meriah hantaran..

Melihat diruangan komen, bermacam-macam pendapat telah diberikan oleh netizen terhadap tindakannya itu.

Menerusi komen itu, ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai tu, ada juga yang teruja dengan hantaran yang diberikan serta tidak kurang juga ada yang memberikan nasihat.

image is not available

Better simpan ‘bouquet’ duit atau album sendiri. Sebab ada kes saudara/orang pecah amanah..

image is not available