Ini Mungkin Gambar Telefon Pintar Pertama Dari Nothing

TechnologyDigital
8 Mar 2022 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing diramalkan akan melancarkan telefon pintar pertama mereka tahun ini. Kemunculannya dinantikan kerana ramai pengguna OnePlus merasakan Nothing boleh menghasilkan peranti yang mantap kerana penglibatan Carl Pei. Hari ini @evleaks memuat naik gambar yang didakwa adalah telefon pintar pertama Nothing.

Carl Pei dilihat menunjukkan prototaip peranti kepada CEO Qualcomm Christiano Amon dalam gambar di atas. Imej tidak begitu jelas tetapi dapat dilihat tubuh yang berkotak dan bonggol kamera yang tidak begitu besar. Peranti akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 dan pastinya akan ditawarkan pada harga lebih mesra poket apabila dilancarkan kelak.

image is not available

Misteri mengenai peranti akan terjawab dalam masa terdekat. Satu soalan yang perlu dijawab adakah ia akan menjadi peranti pembunuh mercu seperti OnePlus One dahulu.