Ini Rupa Yamaha 135LC Generasi Baru, Lebih Moden Dan Harga Bermula RM7.7k

Cars
8 Mar 2022 • 10:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan adik kepada ysuku iaitu 135LC generasi baru. Pergh! Apa benda menarik yang ada dekat model kapcai terbaru ni?

Menurut laporan Pandu Laju, model ini ditawarkan dengan dua varian iaitu standard yang didatangkan dengan warna merah, kelabu gelap serta biru dan ‘special edition’ dengan warna kelabu koko.

image is not available

Yamaha 135LC terbaru ini didatangkan dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 135cc SOHC yang menghasilkan kuasa 12.3hp pada 8,000 rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000 rpm.

image is not available

Berat motosikal ini dikatakan hanya 109kg dan didatangkan dengan frem underbine yang lebih ringan berbanding varian sebelum ini.

image is not available

Menariknya, meter 135LC kalini hadir dengan menter digital tau. Barulah moden! Ia juga didatangkan dengan sistem pencahayaan LED untuk lampu depan dan belakang.

image is not available

Bukan tu jer, terdapat sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda tau dan tiada lagi penendang kaki. Maknanya, kita hanya gunakan butang je untuk hidupkan enjin.

image is not available

Yamaha 135LC terbaru ini akan dijual bermula 14 Mac nanti dengan harga RM7,798 bagi standard dan RM8,198 bagi ‘special edition’ tidak termasuk insurans, pendaftaran, nombor plat dan caj berkaitan. Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article